BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Khamis, 21 Oktober 2010

Hari Pendidikan Khas Di Pusat Sains Negara


21 Oktober 2010 :: Khamis – PPKI SK Jugra telah menerima undangan sempena Hari Pendidikan Khas yang diadakan di Pusat Sains Negara. Sekolah-sekolah lain juga tidak ketinggalan dalam menyertai aktiviti ini. Walaupon banyak cabaran dan dugaan untuk sampai ke destinasi utama ini tetapi akhirnya berkat kesabaran semua orang, semua itu diletakkan ke tepi. Murid-murid menyukai setiap aktivti dan pameran yang dijalankan kerana di sini mereka didedahkan dengan pelbagai konsep sains dan teknologi. Sebelah petangnya pula murid-murid dibawa berjalan ke Jusco Bukit Tinggi sebagai salah satu aktiviti sosial dan memantapkan keyakinan diri. C”,)

Rabu, 20 Oktober 2010

Lawatan Sambil Belajar Ke Langkawi, Kedah


6 hingga 8 Oktober 2010 : Rabu hingga khamis – Aktiviti yang julung-julung kalinya di nantikan oleh semua warga ppki sejak dari awal tahun dan akhirnya kami telah berjaya menjejakkan kaki ke bumi Langkawi ini. Para pelajar kelihatan begitu teruja sewaktu pertama kali menaiki kapal terbang dan juga sepanjang aktiviti lawatan dijalankan di sana. Segala perancangan awal meminimakan lagi masalah sepanjang berada disana. Apa yang pasti kenangan ini pasti diingati oleh mereka semua.

Jamuan Hari Raya Aidilfitri


29 September 2010 :: Rabu – Warga PPKI telah berjaya menganjurkan jamuan raya yang telah diadakan di Dewan Muafakat bermula jam 9.30 hingga 11.30 pagi. Ibu-bapa, para guru dan semua warga sekolah dijemput hadir. Hasil daripada perancangan dan persediaan awal majlis ini telah berjalan dengan lancar dan jayanya. Tarima kasih kepada semua tetamu yang hadir.

Bulan Kemerdekaan 2010


9 September 2010 : Khamis – Bulan Kemerdekaan 2010. Kelas PPKI telah terlibat secara langsung dan mengambil bahagian dalam pertandingan nyanyian lagu-lagu patriotik, pakaian beragam, pertandingan mewarna dan sebagainya. Sambutan yang diberikan oleh para pelajar sangat menggalakkan dan demi merangsang minat dan kesungguhan mereka hadiah-hadiah menarik telah diberikan kepada para pemenang.

Isnin, 16 Ogos 2010

Ole-Ole Aidilfitri


13 Ogos 2010 :: Jumaat - Sempena hari raya aidilfitri tidak lama lagi PPKI SK Jugra telah melancarkan gerak kerja menghasilkan biskut raya yang diberi nama Cornflake Madu. Murid-murid diperlihatkan bagaimana cara menghasilkannya dan bersama-sama guru-guru dalam menyusun atur hiasan dan dekorasi. Ceewah!~ Hasil daripada yang telah siap akan di jual kepada warga sekolah, guru, dan juga ibu-bapa yang berminat.

Khamis, 12 Ogos 2010

We & Kuntum


5 Ogos 2010 :: Khamis - Majalah Kuntum seperti biasa menjalankan roudtournya ke serata sekolah-sekolah di tanah jajahan Malaysia.. hahaha Maka saksikanlah wajah-wajah PPKI SK Jugra di majalah edisi September. Kalau takda edisi Oktober kot, takda lagi mungkin edisi November.. x)

Ahad, 8 Ogos 2010

Mesyuarat Badan Kebajikan PPKI SK Jugra


29 Julai 2010, Khamis :: Mesyuarat Badan Kebajikan PPKI SK Jugra. Dipengerusikan oleh Puan Guru Besar, GPK Hem dan Guru2. Banyak perkara dibincangkan antaranya aktiviti murid sepanjang penggal pertama tahun 2010 dan perancangan untuk separuh penggal akan datang. Banyak input berguna dikongsi antara ibu bapa dan guru-guru dan diharapkan di masa akan datang lebih banyak penambahbaikan dilakukan dari masa ke semasa.

Sabtu, 24 Julai 2010

Minggu Pendidikan Khas Peringkat Sekolah SMK Sijangkang Jaya


22 Julai 2010, Khamis :: Minggu Pendidikan Khas Peringkat Sekolah di SMK Sijangkang Jaya telah berlangsung dengan jayanya. Banyak program yang dijalankan antaranya pameran hasil kerja murid-murid program pendidikan khas dari serata sekolah dalam daerah kuala langat dan beberapa acara sampingan untuk pengunjung-pengunjung yang datang.

Terapi Bowling


15 Julai 2010, Khamis :: Aktiviti renang diberhentikan buat sementara waktu atas arahan Jabatan Pelajaran Selangor berkaitan aktiviti-aktiviti luar yang melibatkan air dan seumpamanya. Jadi atas inisiatif guru-guru, aktiviti renang mungkin digantikan dengan terapi bowling, riadah di taman rekreasi atau sebagainya.. Harap maklum.~

Jumaat, 9 Julai 2010

Hidroponik vs Hidroponing


9 Julai 2010, Jumaat - Waktu kemahiran hidup diserikan lagi dengan kemunculan set hidroponik oleh Cikgu Lina. Di kesempatan ini pelajar-pelajar di ajar cara penggunaan dan penjagaan sebelum dan selepas proses di jalankan. Apa yang pasti bukan pokok getah atau pokok durian yang kita tanam.. har har har..~

Jom Senam Robik


6 Julai 2010, Selasa - Seperti biasa aktiviti bulanan ppki ke kompleks belia dan sukan untuk senam robik dan gimnasium.. (Nasib baik jurulatihnya ada waktu tu) xD

Khamis, 8 Julai 2010

trip to Ipoh - Lumut - ckgu ckgi PPKI SK Jugra



ermmmm kekerasan hati dan semangat yang sangat jitu membawa kami berempat merempit ke Ipoh....menziarahi rakan kami yang bertukar...mengeratkan silaturahmi..kemudian ke Lumut....merehatkan fikiran yang bercelaru kununya...sambil melaksanakan tugas sebagai penyurvey yang baik...kegembiraan menyelubungi kami semua...muahahah...chayokkk

Jumaat, 2 Julai 2010

Hari Menandatangani Buku Rekod Kemajuan


2 Julai 2010, Jumaat - Sekolah Kebangsaan Jugra telah mengadakan hari terbuka khusus untuk ibu-bapa datang dan mengetahui prestasi anak-anak mereka. PPKI juga tidak ketinggalan untuk turut serta. Ramai ibu-bapa yang hadir untuk bersua muka dengan guru-guru dan berbincang dengan lebih lanjut berkenaan keupayaan dan penerimaan anak mereka di dalam kelas.