BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sabtu, 13 November 2010

Akhirnya Pengubahsuaian Kelas Dijalankan..Yahoo!~


13 November 2010 :: Sabtu - Hari pertama pengubahsuaian kelas dijalankan. waktu direkodkan sekitar 12.30 tengah hari. Esok tak tau lagi macam mana hasilnya.. tunggu~~~

Persembahan Sempena Hari Anugerah Kecemerlangan 2010


12 November 2010 :: Jumaat - Pelajar PPKI sekali lagi diberi kepercayaan untuk mengadakan persembahan sempena hari ke-2 majlis konvokesyen dan hari kecemerlangan SK Jugra. Bermodalkan teater muzikal yang bertajuk 'I'm Yours' dibawah pimpinan cikgu dayah maka begini lah hasilnya. Hadirin dan jemputan sekalian dilihat terhibur dengan persembahan yang disampaikan ini.

Hari Konvokesyen Dan Pengumuman Keputusan UPSR


11 November 2010 :: Khamis - Hari konvokesyen PPKI yang julung-julung kalinya diadakan pada tahun ini telah berlangsung dengan meriah dan 'vouge' sekali. Lihat saja jubah-jubah mereka sudah menampakkan betapa bangganya mereka dan bergaya apabila naik ke atas pentas menerima skrol masing-masing. Turut sama berbangga adalah guru-gurunya sekali. Gambar bawah pula adalah sesi nasihat dan amanat dari guru-guru setelah murid-murid menerima keputusan UPSR mereka selepas tamatnya acara graduasi. Kelihatan juga cikgu morni hampir-hampir menitiskan air mata kegembiraan dan keterharuan. hehehe

Rabu, 10 November 2010

Ceramah Kesihatan Gigi


8 November 2010 :: Isnin - Acara kemuncak bagi siri jelajah sekolah untuk pemeriksaan gigi diteruskan lagi dengan sedikit ceramah ataupon taklimat ringkas berkaitan dengan cara-cara penjagaan gigi yang sempurna, punca kerosakan, tabiat buruk, dan sebagainya lagi. Murid-murid diharapkan dapat memanfaatkan apa yang telah diberitahu supaya mereka tidak perlu untuk berjumpa dengan doktor gigi lagi pada tahun hadapan.. (dedicated to siva) hehe

Mesyuarat Guru PPKI Kali Ke-7 2010


4 November 2010 :: Khamis - Mesyuarat Guru PPKI kali ke-7 bagi tahun 2010 telah dijalankan dengan jayanya dan dipengerusikan oleh Guru Besar Puan Nooriah Bt Zakariah. Dalam menyuarat ini telah dibincangkan tentang laporan setiap unit dan juga perancangan-perancangan bagi tahun 2011. Dapatan dari mesyuarat ini menunjukkan segala apa yang dirancang pada tahun 2010 telah berjalan dengan cemerlangnya.