BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sabtu, 26 Jun 2010

Belajar Menjahit


25 Jun 2010, Jumaat - Pelajar-pelajar di ajar dengan kemahiran menjahit semestinya oleh guru-gurunya yang sangat berpengalaman (cikgu lela la tu).. Sebagai permulaan mereka menjahit di atas kad manila dan hasilnya ramai bakat-bakat terpendam dijumpai.. hehe

Peperiksaan Pertengahan Tahun


31 Mei hingga 4 Jun 2010 - Murid-murid PPKI sedang menduduki peperiksaan pertengahan tahun. Pelbagai ragam dan karenah dapat dilihat sepanjang hari. Semoga semuanya selesai dan berjalan dengan lancar.

p/s: kepada Incik Wan Kujai.. tengok lah Loges ni, dia malas belajar, suka kacau orang dan macam-macam lagi.. Cakap nak report Sir Wan tau lak takut.. hehe

Usik-Usik


27 Mei 2010, Khamis - Kekejaman telah melanda apabila sesi sakat menyakat telah berlaku hanya kerana minta nak di pinjam bulu mata hingga ada yang menangis.. hah hah hah~

Taklimat Rintis Pemantapan Aktiviti Koko PPKI Kuala Langat


13 Mei 2010, Khamis - Taklimat Rintis Pemantapan Pelaksanaan Aktiviti Kokurikulum PPKI Daerah Kuala Langat. Semua GPK Pend. Khas, Penyelaras dan Guru-Guru PPKI hadir. Banyak input berguna telah disampaikan dan perkara-perkara yang tidak jelas telah di fahami.

Majlis Sambutan Hari Buku Dan Hak Cipta Sedunia Peringkat Sekolah


7 Mei 2010, Jumaat - Majlis sambutan hari buku dan hak cipta sedunia peringkat sekolah. Pelajar-pelajar PPKI turut terlibat sama dalam pertandingan mewarna. Acara akhir iaitu pertandingan mewarna jadual waktu oleh guru-guru.. hehe~~ jangan mara haa..

Riadah Di Dataran Banting


4 Mei 2010, Selasa - Aktiviti riadah dilakukan di Dataran Banting dari jam 9 hingga 11 pagi.. Sarapan pagi makan kenyang-kenyang di Wak Dol Soto sebelum ke dataran untuk bersuka ria.. Keadaan terkawal dengan pengawasan guru pengiring.. Yeah!

Poco-Poco & Chicken Dance


yeah! gambar atas cikgu lea sedang menunjukkan demo dan skil menari poco-poco.. gambar bawah pula murid-murid sedang menari chicken dance~

Projek Lantai Dam


Gaya, semangat dan karisma tu penting dalam aktiviti kesenian ini.. ahahahahha~

Langsir Oh Langsir


28-29 April 2010, Rabu dan Khamis - Cikgu Lela kelihatan bersemangat bersengkang mata menjahit langsir dan segala macam ropol-ropol yang ada untuk keceriaan kelas-kelas ppki.. terima kasih di ucapkan. (bodek2. hehe)