Sabtu, 21 April 2012
Lawatan ke KLIA... april 2012
Coret-coret oleh ppkiskjugra pada 1:05 PG 0 pujian diterima
Program Terapi renang 2012
Program terapi renang dilaksanakan pada khamis minggu ketiga setiap bulan atas bimbingan cikgu anne dan cikgu sham...semoga tercapai segala objektif yang disasarkan...
Coret-coret oleh ppkiskjugra pada 1:00 PG 0 pujian diterima
corat coret aktiviti PPKI sepanjang tahun 2011
Coret-coret oleh ppkiskjugra pada 12:27 PG 0 pujian diterima
Rabu, 15 Disember 2010
NEWS : Renovation Part III

14 Disember 2010 :: Selasa - Unit 1 dan 2 sudah nampak hasilnya. Dinding dan rangka sudah naik. Bilik GPK pun sudah wujud. Pemasangan saluran air ke dapur dari blok pra sekolah pun sudah mula dilakukan. yang tinggal sekarang cuma kekemasan dinding, pintu dan wirering sebelum kerja-kerja akhir.
Coret-coret oleh ppkiskjugra pada 4:56 PG 0 pujian diterima
Isnin, 13 Disember 2010
NEWS : Renovation Part II

12 Disember 2010 :: Ahad - Lagi update tentang renovation kelas. Seperti yang dapat dilihat unit 1 & 2 sudah siap pemasangan jubin. Cuma tinggal partition dan lain2 lagi.. Bila boleh siap ni? banyak kerja lagi lepas ni~ huhu
Coret-coret oleh ppkiskjugra pada 4:37 PG 0 pujian diterima
Sabtu, 4 Disember 2010
NEWS : Renovation

4 Disember 2010 :: Sabtu - Update terkini perihal pengubahsuaian kelas. Unit 3 & 4 hampir siap. Tinggal wirering, partition dan dapur yang perlu dikemaskan lagi. Unit 1 & 2 masih lagi kosong setakat hari ni dan menunggu masa untuk dimulakan.
Coret-coret oleh ppkiskjugra pada 7:24 PG 0 pujian diterima
Sabtu, 13 November 2010
Akhirnya Pengubahsuaian Kelas Dijalankan..Yahoo!~

13 November 2010 :: Sabtu - Hari pertama pengubahsuaian kelas dijalankan. waktu direkodkan sekitar 12.30 tengah hari. Esok tak tau lagi macam mana hasilnya.. tunggu~~~
Coret-coret oleh ppkiskjugra pada 5:55 PG 0 pujian diterima
Persembahan Sempena Hari Anugerah Kecemerlangan 2010

12 November 2010 :: Jumaat - Pelajar PPKI sekali lagi diberi kepercayaan untuk mengadakan persembahan sempena hari ke-2 majlis konvokesyen dan hari kecemerlangan SK Jugra. Bermodalkan teater muzikal yang bertajuk 'I'm Yours' dibawah pimpinan cikgu dayah maka begini lah hasilnya. Hadirin dan jemputan sekalian dilihat terhibur dengan persembahan yang disampaikan ini.
Coret-coret oleh ppkiskjugra pada 5:53 PG 0 pujian diterima
Hari Konvokesyen Dan Pengumuman Keputusan UPSR

11 November 2010 :: Khamis - Hari konvokesyen PPKI yang julung-julung kalinya diadakan pada tahun ini telah berlangsung dengan meriah dan 'vouge' sekali. Lihat saja jubah-jubah mereka sudah menampakkan betapa bangganya mereka dan bergaya apabila naik ke atas pentas menerima skrol masing-masing. Turut sama berbangga adalah guru-gurunya sekali. Gambar bawah pula adalah sesi nasihat dan amanat dari guru-guru setelah murid-murid menerima keputusan UPSR mereka selepas tamatnya acara graduasi. Kelihatan juga cikgu morni hampir-hampir menitiskan air mata kegembiraan dan keterharuan. hehehe
Coret-coret oleh ppkiskjugra pada 5:49 PG 0 pujian diterima
Rabu, 10 November 2010
Ceramah Kesihatan Gigi

8 November 2010 :: Isnin - Acara kemuncak bagi siri jelajah sekolah untuk pemeriksaan gigi diteruskan lagi dengan sedikit ceramah ataupon taklimat ringkas berkaitan dengan cara-cara penjagaan gigi yang sempurna, punca kerosakan, tabiat buruk, dan sebagainya lagi. Murid-murid diharapkan dapat memanfaatkan apa yang telah diberitahu supaya mereka tidak perlu untuk berjumpa dengan doktor gigi lagi pada tahun hadapan.. (dedicated to siva) hehe
Coret-coret oleh ppkiskjugra pada 8:30 PG 0 pujian diterima
Mesyuarat Guru PPKI Kali Ke-7 2010

4 November 2010 :: Khamis - Mesyuarat Guru PPKI kali ke-7 bagi tahun 2010 telah dijalankan dengan jayanya dan dipengerusikan oleh Guru Besar Puan Nooriah Bt Zakariah. Dalam menyuarat ini telah dibincangkan tentang laporan setiap unit dan juga perancangan-perancangan bagi tahun 2011. Dapatan dari mesyuarat ini menunjukkan segala apa yang dirancang pada tahun 2010 telah berjalan dengan cemerlangnya.
Coret-coret oleh ppkiskjugra pada 8:26 PG 0 pujian diterima
Khamis, 21 Oktober 2010
Hari Pendidikan Khas Di Pusat Sains Negara

21 Oktober 2010 :: Khamis – PPKI SK Jugra telah menerima undangan sempena Hari Pendidikan Khas yang diadakan di Pusat Sains Negara. Sekolah-sekolah lain juga tidak ketinggalan dalam menyertai aktiviti ini. Walaupon banyak cabaran dan dugaan untuk sampai ke destinasi utama ini tetapi akhirnya berkat kesabaran semua orang, semua itu diletakkan ke tepi. Murid-murid menyukai setiap aktivti dan pameran yang dijalankan kerana di sini mereka didedahkan dengan pelbagai konsep sains dan teknologi. Sebelah petangnya pula murid-murid dibawa berjalan ke Jusco Bukit Tinggi sebagai salah satu aktiviti sosial dan memantapkan keyakinan diri. C”,)
Coret-coret oleh ppkiskjugra pada 6:19 PG 0 pujian diterima













