BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Ahad, 11 Oktober 2009

Peraduan mewarna


peraduan mewarna sempena Bulan Kemerdekaan

Khamis, 24 September 2009

Salam Aidilfitri


kemaafan dendam terindah....salam Hari Raya Aidilfitri dari warga PPKI SK Jugra

Jumaat, 4 September 2009

Mari bertarawih

1. Kelebihan Solat Tarawih Malam Pertama Diampuni dosa orang-orang yang beriman sebagaimana keadaannya baru dilahirkan.

2. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kedua Diampunkan dosa orang-orang yang beriman yang mengerjakan solat Tarawih, serta dosa-dosa kedua ibubapanya.

3. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketiga Para malaikat di bawah 'Arasy menyeru kepada manusia yang mengerjakan solat Tarawih itu agar meneruskan solatnya pada malam-malam yang lain, semoga Allah akan mengampunkan dosa-dosa mereka.

4. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempat Orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih akan memperolehi pahala sebagaimana pahala yang diperolehi oleh orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.

5. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelima Allah SWT akan mengurniakan pahala seumpama pahala orang-orang yang mengerjakan sembahyang di Masjidil Haram, Masjidil Madinah dan Masjidil Aqsa.

6. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keenam Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seumpama pahala malaikat-malaikat yang bertawaf di Baitul Makmur serta setiap batu dan tanah berdoa untuk keampunan orang-orang yang mengerjakan tarawih malam itu.

7. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketujuh Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa a.s serta menolong Nabi itu menentang musuhnya Fir’aun dan Hamman.

8. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelapan Allah S.W.T mengurniakan pahala orang yang bersolat tarawih sebagaimana pahala yang dikurniakan kepada Nabi Ibrahim a.s.

9. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesembilan Allah S.W.T akan mengurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hamba-Nya seperti Nabi Muhammad s.a.w.

10. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesepuluh Allah SWT mengurniakan kepadanya kebaikan dunia dan akhirat.

11. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesebelas Ia meninggal dunia di dalam keadaan bersih dari dosa seperti baru dilahirkan.

12. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduabelas Ia akan dibangkitkan pada hari kiamat dengan muka yang bercahaya-cahaya.

13. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketigabelas Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman sentosa dari sebarang kejahatan dan keburukan.

14. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempatbelas Malaikat-malaikat akan datang menyaksikan mereka bersolat Tarawih serta Allah S.W.T. tidak akan menyesatkan mereka.

15. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelimabelas Semua malaikat yang memikul ‘Arasy dan Kursi akan berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.

16. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keenambelas Allah S.W.T. menuliskan baginya dari kalangan mereka yang terlepas dari api neraka dan dimasukkan ke dalam syurga.

17. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketujuhbelas Allah S.W.T menuliskan baginya pahala pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.

18. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelapanbelas Malaikat akan menyeru: Wahai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha denganmu dan dengan kedua ibu bapamu (yang masih hidup atau yang sudah mati).

19. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesembilanbelas Allah S.W.T akan meninggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.

20. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh Allah S.W.T mengurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang soleh.

21. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh satu Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah mahligai di dalam syurga yang diperbuat dari cahaya.

22. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh dua Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman dari sebarang huru-hara pada hari tersebut.

23. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh tiga Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah bandar di dalam syurga daripada cahaya.

24. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh empat Allah S.W.T akan membuka peluang untuk dua puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.

25. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh lima Allah S.W.T akan mengangkat seksa kubur darinya.

26. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh enam Allah S.W.T akan mengurniakan pahala empat puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.

27. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh tujuh Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya kemudahan untuk melintasi titian sirat sepantas kilat.
28. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh lapan Allah S.W.T akan menaikkan kedudukannya seribu darjat di akhirat.

29. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh sembilan Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seribu haji yang mabrur.

30. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketigapuluh Allah S.W.T akan memberi penghormatan kepada orang yang bertarawih pada malam terakhir dengan firman-Nya (yang bermaksud): Wahai hambaku!, makanlah segala jenis buah-buahan yang Engkau ingini untuk dimakan di dalam syurga dan mandilah kamu di dalam sungai yang bernama salsabil serta minumlah air dari telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad s.a.w. yang bernama Al-Kautsar.

salam ramadhan dari kami...

Hadith 1
Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Umatku telah dikurniakan dengan lima perkara yang istimewa yang belum pernah diberikan kepada sesiapa pun sebelum mereka. Bau mulut daripada seorang Islam yang berpuasa adalah terlebih harum di sisi Allah daripada bau haruman kasturi. Ikan-ikan di lautan memohon istighfar (keampunan) ke atas mereka sehinggalah mereka berbuka puasa".
Allah mempersiapkan serta menghiasi jannah yang khas setiap hari dan kemudian berfirman kepadanya: "Masanya telah hampir tiba bilamana hamba-hambaKu yang taat akan meninggalkan segala halangan-halangan yang besar (di dunia) dan akan mendatangimu."
Pada bulan ini syaitan-syaitan yang durjana dirantaikan supaya tidak menggoda mereka ke arah maksiat-maksiat yang biasa mereka lakukan pada bulan-bulan selain Ramadhan. Pada malam terakhir Ramadhan (orang-orang yang berpuasa ini) akan diampunkan." Maka sahabat-sahabat Rasulullah SAW pun bertanya: "Wahai Pesuruh Allah, adakah itu malam lailatul Qadar?" Dijawab oleh Rasulullah SAW: "Tidak, tetapi selayaknya seorang yang beramal itu diberi balasan setelah menyempurnakan tugasnya."
Hadith 2
Ubadah Bin Somit ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda pada suatu hari ketika Ramadhan hampir menjelang: "Telah datang kepadamu bulan Ramadhan, di mana Allah melimpah ruahkan di dalamnya dengan keberkatan, menurunkan rahmat, mengampuni dosa-dosa kamu, memakbulkan doa-doa kamu, melihat di atas perlumbaan kamu untuk memperolehi kebaikan yang besar dan berbangga mengenaimu di hadapan malaikat-malaikat. Maka tunjukkanlah kepada Allah Taala kebaikan dari kamu. Sesungguhnya orang yang bernasib malang ialah dia yang dinafikan daripada rahmat Allah pada bulan ini."
Hadith 3
Abu Sa'id Al Khudri ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Setiap hari siang dan malam pada bulan Ramadhan, Allah Tabaraka wa Taala membebaskan begitu banyak sekali roh daripada api neraka. Dan pada setiap orang Islam pada setiap hari siang dan malam doanya pasti akan diterima."
Hadith 4
Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Terdapat tiga jenis orang yang doa mereka tidak ditolak; doa daripada orang yang berpuasa sehinggalah dia berbuka puasa; imam (penguasa) yang adil, dan orang yang dizalimi yang kerana doanya itu Allah mengangkatnya melepasi awan dan membuka untuknya pintu-pintu langit dan Allah berfirman: "Daku bersumpah demi kemuliaanKu, sesungguhnya Daku pasti menolongmu walaupun pada suatu masa nanti."
Hadith 5
Ibn Umar ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya Allah dan para malaikatNya mengirim rahmat ke atas mereka yang memakan sahur."
Hadith 6
Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Barangsiapa berbuka satu hari di siang hari bulan Ramadhan tanpa alasan yang wajar (disegi syariah) atau sakit yang kuat, tidak akan dapat menampung atau mengganti hari tersebut walaupun akan berpuasa sehingga ke akhir hayatnya."

Khamis, 26 Mac 2009

Fadhilat Ayat Kursi

Untuk renungan dan amalan bersama ........Sejarah dan Fadilat Ayat Qursi Semasa penurunannya ia telah diiringi oleh beribu-ribu malaikat kerana kehebatan dan kemuliaannya.
Syaitan dan iblis juga menjadi gempar kerana adanya satu perintang dalam perjuangan mereka. Rasullah s. a. w. dengan segera memerintahkan Zaid b Tsabit menulis serta menyebarkannya.
Sesiapa yang membaca ayat Kursi dengan khusyuk setiap kali selepas sembahyang fardhu, setiap pagi dan petang setiap kali keluar masuk rumah atau hendak musafir, InsyaAllah akan terpeliharalah dirinya dari godaan syaitan, kejahatan manusia, binatang buas yang akan memudaratkan dirinya bahkan keluarga, anak-anak, harta bendanya juga akan terpelihara dengan izin Allah s. w. t.
Mengikut keterangan dari kitab"Asraarul Mufidah" sesiapa mengamalkan membacanya setiap hari sebanyak 18 kali maka akan dibukakan dadanya dengan berbagai hikmah, dimurahkan rezekinya, dinaikkan darjatnya dan diberikannya pengaruh sehingga semua orang akan menghormatinya serta terpelihara ia dari segala bencana dengan izin Allah.
Syeikh Abu Abbas ada menerangkan, siapa yang membacanya sebanyak 50 kali lalu ditiupkannya pada air hujan kemudian diminumnya, insyaAllah, Allah akan mencerdaskan akal fikirannya serta memudahkannya menerima ilmu pengetahuan.
Untuk amalan kita semua..... Fadhilat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-Hadis Rasullullah s. a. w. bersabda bermaksud: "Sesiapa pulang ke rumahnya serta membaca ayat Kursi, Allah hilangkan segala kefakiran di depan matanya. Sabda baginda lagi; "Umatku yang membaca ayat Kursi 12 kali pada pagi Jumaat, kemudian berwuduk dan sembahyang sunat dua rakaat, Allah memeliharanya daripada kejahatan syaitan dan kejahatan pembesar."
Orang yang selalu membaca ayat Kursi dicintai dan dipelihara Allah sebagaimana DIA memelihara Nabi Muhammad.
Mereka yang beramal dengan bacaan ayat Kursi akan mendapat pertolongan serta perlindungan Allah daripada gangguan serta hasutan syaitan.
Pengamal ayat Kursi juga, dengan izin Allah, akan terhindar daripada pencerobohan pencuri. Ayat Kursi menjadi benteng yang kuat menyekat pencuri daripada memasuki rumah.
Mengamalkan bacaan ayat Kursi juga akan memberikan keselamatan ketika dalam perjalanannya. Ayat Kursi yang dibaca dengan penuh khusyuk, Insya-Allah, boleh menyebabkan syaitan dan jin terbakar.
Jika anda berpindah ke rumah baru maka pada malam pertama anda menduduki rumah itu eloklah anda membaca ayat Kursi 100 kali, insya-Allah mudah-mudahan anda sekeluarga terhindar daripada gangguan lahir dan batin.
Barang siapa membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya,Allah mewakilkan 2 orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.
Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu, ia akan berada dalam lindungan Allah hingga sembahyang yang lain.
Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, tidak menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut, dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah memelihara akan dia ke atas rumahnya, rumah jirannya & ahli rumah2 di sekitarnya.
Barang siapa membaca ayat Al-Kursi diakhir tiap-tiap sembahyang Fardhu, Allah menganugerahkan dia hati-hati orang yang bersyukur perbuatan2 orang yang benar, pahala nabi2 juga Allah melimpahkan padanya rahmat.
Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya, mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya.
Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang Allah azza wajalla akan mengendalikan pengambilan rohnya dan ia adalah seperti orang yang berperang bersama nabi Allah sehingga mati syahid.
Barang siapa yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya

Rabu, 25 Mac 2009

Selamat kembali kesekolah

murid - murid khas dalam mood ceria..pada minggu pertama persekolahan setelah seminggu bercuti

Rabu, 11 Mac 2009

kenali PPKI

GARIS PANDUAN DAN SYARAT KEMASUKAN MURID/PELAJAR KE PROGRAM PENDIDIKAN KHAS PERCANTUMAN.
Murid/ Pelajar Baru
Calon berumur 7tahun (sekolah rendah) dan 14 tahun(sekolah menengah) pada tarikh permohonan.
Borang yang tidak lengkap adalah dianggap gagal
Calon yang disahkan oleh doktor pakar kanak-kanak dengan menggunakan borang pemeriksaan doktor yang disediakan.Setiap butiran dan menerima pemeriksaan yang terperinci. (Laporan doktor adalah diwajibkan)
Calon ditemuduga oleh panel terlebih dahulu sebelum diputuskan sama ada layak atau tidak layak ditempatkan ke Program Pendidikan Khas Percantuman(kecuali calon cacat pendengaran CPD)
Keputusan temuduga diserahklan ke Jabatan Pelajaran Negeri Selangor untuk disemak dan dikenalpasti masalah serta kategori calon. Penempatan hanya akan dibuat kepada calon yang layak sahaja.

Calon-calon yang layak diterima:
boleh urus diri tanpa bantuan orang lain
tiada kecacatan fizikal yang teruk
tiada mengalami masalah sikap/tingkahlaku luarbiasa seperti hyperaktif (susah kawal),ganas atau mental yang teruk.
Tiada mengalami sebarang penyakit dalaman seperti sawan,jantung dan lain-lain.
Calon yang layak hanya akan ditempatkan ke sekolah percantuman yang sesuai dan bergantung kepada kekosongan tempat pada ketika itu. Sekiranya tiada kekosongan tempat, calon adalah dianggap sebagai calon menunggu.
Setiap calon yang layak diterima masuk adalah dalam tempoh percubaan selama 3 bulan. Pihak sekolah/Penyelaras program akan membuat laporan mengenai perkembangan dan prestasi pembelajaran calon tersebut. Sekiranya layak/lulus,calon tersebut akan mengikuti pembelajaran seterusnya. Bagi calon yang gagal, disarankan ke program lain seperti PDK (Kebajikan Masyarakat), program swasta atau bimbingan penjaga masing-masing.
Calon yang telah ditemuduga dan gagal boleh memohon semula penempatan sekiranya calon telah melalui pemulihan dan dianggap layak.
Tempoh pembelajaran seseorang murid/ pelajar di Program Percantuman adalah :
Sekolah Rendah daripada umur 7 Tahun ke 13 Tahun
Sekolah Menengah daripada umur 14 Tahun ke 19 Tahun
Tetapi walau bagaiamanapun, prestasi bulanan setiap murid/pelajar akan menentukan tempoh pembelajarannya.Sekiranya pada satu-satu tempoh itu, murid atau pelajar itu menunjukkan prestasi yang menurun dan menimbulkan masalah kepada sekolah(guru dan rakan sebaya). Maka murid / pelajar berkenaan boleh disarankan untuk direhatkan/berhenti bagi satu tempoh sehingga murid berkenaan menunjukkan sikap atau kelakuan dan minat yang positif.

Pertukaran Murid/Pelajar Pendidikan Khas
Pertukaran murid/pelajar program Pendidikan Khas hendaklah menggunakan borang pertukaran yang ‘standard’. Borang tersebut hendaklah di hantar terus ke Unit Pendidikan Khas,Jabatan Pelajaran Negeri Selangor untuk di proses dan tindakan selanjutnya.
Pertukaran dan penempatan yang tidak melalui Jabatan Pelajaran Negeri Selangor-Unit Pendidikan Khas tidak boleh diterima.
Borang-borang pertukaran boleh didapati di semua sekolah dan hendaklah ditandatangani oleh Guru Besar/Pengetua sekolah berkenaan.

Ahad, 8 Mac 2009

Istimewanya .....PPKI

Program kenali perpustakaan....ermmm banyak membaca ke Risi..sampai menung jauhhhBergambar di hadapan Perpustakaan Awam Banting


Para pelajar PPKI dengan uniform...segak dan bergaya



Sabtu, 7 Mac 2009

Aktiviti PPKI Januari - Februari

Cikgu Lela dan Cikgu Sue posing dengan mamat - mamat ensem PPKI..fuhhhh Cikgu Sue sedang mengajar Siva memotong buah epal..baik2 Siva..erkkk


Program Riada/Refleksiologi....ermmmm sapa yang riadah dan siapa yang refleksiologi,nampak macam pegi makan angin jerrr


Aduhai..Cikgu Ajlea sedang asyik melayan anakanda kesayangan bancuh air teh....manis ke masin cikguu???



Barisan guru - guru dan anak - anak istimewa..bergaya sakan nampak mamat 2 orang yang sebelah penyelaras tue...





Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran

DEFINISI KANAK-KANAK BERMASALAH PEMBELAJARAN
Kanak-kanak bermasalah pembelajaran merupakan kanak-kanak yang telah dikenalpasti dan disahkan oleh pakar profesional klinikal sebagai mengalami kecacatan yang menganggu proses pembelajaran. Kecacatan yang dialami boleh diketegorikan mengikut tahap kefungsian kanak-kanak dalam kebolehan-kebolehan yang berikut:
kebolehan kognitif
tingkahlaku sosial / perkembangan sosial
penguasaan bahsa lisan/pertuturan
penguasaan membaca
kemahiran perkembangan (developmental skills)
kemahiran matematik

CIRI-CIRI KANAK-KANAK BERMASALAH PEMBELAJARAN
Terdapat banyak ciri-ciri kanak-kanak bermasalah pembelajaran. Antara ciri-ciri yang mungkin dapat menolong pakar-pakar diagnostik dan guru-guru dalam mengenalpasti dan mengajar kanak-kanak yang bermasalah pembelajaran:
Ciri-ciri fizikal
Bentuk badan dan ko-ordinasi motor kanak-kanak ini tidak banyak berbeza dengan kanak-kanak normal. Walaubagaimanapun kanak-kanak yang mempunyai rendah keupayaan mental yang disebabkan oleh faktor – faktor organik adalah lebih kecil bentuk badan berbanding dengan kanak-kanak biasa.
Ciri-ciri intelek
Terdapat kelewatan dalam perkembangan kematangan dan fungsi-fungsi intelek yang tertentu yang diperlukan dalam perkembangan di sekolah. Sebagai contohnya,mereka mempunyai rendah daya ingatan, kebolehan dalam bidang pengamatan dn perkonsepan dan kebolehan berbentuk kreatif. Kesediaan belajar dan keupayaan menerima pelajaran bagi kanak-kanak bermnasalah pembelajaran tidak sama dengan kanak-kanak biasa. Contohnya, mereka hanya dapat mempelajari apa yang dipelajari apa yang dipelajari oleh kanak-kanak biasa berumur 6 tahun pada peringkat umur 8 tahun atau lebih.
Ciri-ciri sosial dan peribadi
Mempunyai bidang perhatian yang singkat atau kurang tumpuan terhadap sesuatu. Mudah kecewa disebabkan pengalaman kegagalan yang berulang-ulang hasil daripada pengharapan masyarakat supaya mereka berfungsi sesuai dengan umur kronologi mereka. Sikap dan nilai mereka tidak selaras dengan tingkahlaku kanak-kanak biasa. Minat mereka adalah selaras dengan kanak-kanak yang mempunyai mental yang sama dengan mereka.

RASIONAL
Kanak-kanak yang menghadapi masalah pembelajaran berupaya untuk menerima pendidikan yang sesuai dengan kemampuan dan perkembangan mereka secara menyeluruh. Hanya sekadar mereka kurang bertindakbalas kepada strategi pengajaran dan pembelajaran biasa. Oleh itu satu program khas perlu disediakan untuk memenuhi keperluan murid-murid ini mengambil kira aspek-aspek seperti masa, bahan, budaya, kelas, teknik mengajar, bantuan kepakaran dan penglibatan masyarakat.
MATLAMAT
Kurikulum kanak-kanak bermasalah pembelajaran adalah bertujuan melengkapkan kanak-kanak yang bermasalah pembelajaran dengan kemahiran-kemahiran yang tertentu bagi membantu mereka mencapai perkembangan yang menyeluruh. Perkembangan ini membantu mereka mencapai perkembangan yang menyeluruh. Perkembangan ini meliputi aspek-aspek intelek, rohani, jasmani, emosi, bakat, akhlak, nilai-nilai estetika dan sosial agar mereka boleh menjadi satu ahli masyarakat yang berguna dan berdikari.
OBJEKTIF
Setiap orang kanak-kanak diberi peluang dan bimbingan yang seluas-luasnya untuk membolehkan mereka:
Menguasai kemahiran komunikasi
Menguasai kemahiran bergaul
Mengetahui dan memperkembang perasaan ingin tahu mengenai hal diri dan alam sekeliling
Menjaga kesihatan dan keselamatan diri
Menguruskan hal-hal kehidupan seharian
Mempunyai keyakinan diri dan konsep kendiri yang positif
Melibatkan diri dalamkegiatan rekreasi
Memahami keperluan perkembangan jasmani serta menguasai kemahiran motor
Menghayati dan mengamalkan nilai-nilai murni
Mengembangkan potensi,bakat,dan daya kreatif serta intelek
SASARAN
Murid-murid terencat akal ringan yang:
Telah disahkan oleh doktor pakar kanak-kanak yang bertauliah
Boleh mengurus diri tanpa bantuan orang lain
Tiada kecacatan fizikal yang teruk
Tiada mengalami masalah sikap/tingkahlaku luarbiasa seperti hyperaktif (sukar dikawal),ganas atau mental yang teruk
Tiada mengalami sebarang penyakit dalaman seperti sawan,jantung dan lain-lain. (percubaan selama 3 bulan diberikan kepada murid-murid baru)

Terencat Akal

Diskalkulia, Disgraphia, Disleksia

Autisme
Bermasalah komunikasi
Sukakan rutin
Berada di dunia sendiri
Ekolalia
Cederakan diri sendiri
Kompulsif tanpa tahu kesan
Tidak suka bergaul
Tidak ada tentangan mata
Kerencatan bahasa
Masalah kefahaman
Tidak suka disentuh
Bermasalah interaksi sosial
Pergerakan berulang-ulang

Palsi Serebrum
Kecacatan anggota tangan, kaki dan tubuh badan
Masalah pergerakan
Masalah postur
Kekejangan
Pergerakan tidak terkawal
Masalah imbangan badan
Masalah komunikasi
Masalah motor halus/kasar
Masalah tulisan
Masalah perkembangan motor halus/kasar

Komunikasi, Pertuturan dan Bahasa
Kecelaruan pertuturan
Kecelaruan bahasa
Kecelaruan suara
Masalah artikulasi
Masalah kelancaran

Sindrome Down

Gangguan Penumpuan ADHD
Lambat menyiapkan tugasan
Mudah terganggu
Masalah kosentrasi
Masalah mengurus tugasan
Cepat lupa
Impulsif
Membuat tugasan lain tanpa menyiapkan tugasan terdahulu
Memerlukan pengawasan yang lebih
Masalah menunggu giliran

Hiper Aktif
Tidak boleh duduk diam
Impulsif
Tumpuan perhatian singkat
Suka ganggu orang lain
Bermasalah Pembelajaran

Pintar cerdas dan Berbakat
Keupayaan umum yang istimewa
Kebolehan aptitud, bakat dan kreativiti yang tinggi
Bermotivasi tinggi untuk belajar dan berjaya IQ tinggi
Mudah memahami pengajaran dan pembelajaran
Menguasai hanya satu atau sesuatu kemahiran dengan mudah dan b

Ciri - ciri dan peranan Guru Pendidikan Khas

  • CIRI-CIRI GURU PENDIDIKAN KHAS
    Belas ikhsan (compassion).
    Berpandangan jauh.
    Bersabar.
    Berkeyakinan.
    Kecindan (sense of humor).
    Berdedikasi.
    Bertanggungjawab.

  • PERANAN GURU PENDIDIKAN KHAS
    Kemampuan melihat diri sebagai seorang pelajar-(pembelajaran sepanjang hayat).
    Bersedia dan berkemampuan untuk berubah.
    Pemerhati yang peka.
    Tahu tentang komuniti tempat mereka mengajar.
    Mereka rela dan bersedia untukmengajar.
    Mempunyai banyak tenaga.
    Pembuat keputusan yang aktif.

Salam maulidurrasul

Sejarah Sambutan Maulidurrasul (s.a.w)

Makkah, merupakan Ibu kepada semua Kota (semoga Allah merahmati dan memuliakannya), merupakan penghulu bagi lain-lain kota diseluruh negara Islam didalam meraikan Maulidurrasul. Al-Azraqi, seorang ahli sejarah Makkah pada abad ke 3 - hijrah, telah menulis didalam kitabnya, Akhbar Makkah (Jilid 2,ms160) tempat-tempat yang digalakkan (mustahabb) untuk menunaikan solat di Makkah antaranya ialah rumah tempat Nabi (s.a.w) dilahirkan (Mawlid al-Nabi). Menurut beliau, rumah tersebut telah dijadikan masjid oleh ibu kepada Khalifah Musa al-Hadi dan Harun ar-Rashid.
Al-Naqqash, seorang 'ulama didalam bidang al-Quran mengatakan bahawa tempat kelahiran Nabi merupakan tempat dimana do'a diterima pada waktu tengahari setiap hari Isnin. Pendapat beliau ini tercatat didalam kitab al-Fasi, Shifa' al-gharam (Jilid 1, ms 199) dan juga kitab-kitab lain.

Keterangan Mengenai Sambutan Maulidurrasul (s.a.w) yang terawal secara Beramai-ramai
Kitab Rihal, karangan Ibnu Jubayr (540-614), didalam bab Perjalanan (ms.114-115) merupakan sumber yang terawal yang menceritakan mengenai sambutan Maulidurrasul (s.a.w) secara beramai-ramai didalam suatu kelompok masyarakat.
"Tempat yang diberkati ini (rumah kelahiran Nabi [s.a.w] ) dibuka dan setiap lelaki dibenarkan untuk memasukinya untuk mendapat barakah daripadanya (mutabarrikin bihi) pada setiap hari Isnin didalam bulan Rabi'al al-Awwal kerana pada hari dan bulan terssebut, Nabi telah dilahirkan."
Ahli sejarah abad ke-7 hijrah, Abul 'Abbas al-'Azafi dan anaknya Abul Qasim al-'Azafi telah menulis didalam kitab (tidak pernah diterbitkan), ad-Durr al-Munazzam, "Mereka yang menunaikan 'ibadah haji dan mereka yang sedang melakukan pengembaraan menyaksikan bahawa tiada jual-beli ataupun sebarang perbuatan lain dilakukan pada hari Maulidurrasul di Makkah, melainkan mereka berpusu-pusu memenuhi tempat kelahiran Nabi yang diberkahi. Pada hari itu juga, Ka'bah dibuka dan orang ramai dibenarkan untuk menziarahinya."

Penulisan Ibnu Battuta Mengenai Maulidurrasul (s.a.w)
Ibnu Battuta merupakan ahli sejarah abad ke - 8 yang masyhur dan beliau telah menulis didalam kitabnya, Rihla (Jilid 1,ms.309 dan 347) bahawa pada setiap hari Jumaat, selepas solat dan pada hari kelahiran Nabi, pintu Ka'bah akan dibuka oleh ketua Banu Shayba, pemegang kunci pintu Ka'bah. Pada hari Maulidurrasul (s.a.w) juga, Qadi yang bermazhab Shafi'i (Ketua Hakim, Makkah), Najmuddin Muhammad Ibnu al-Imam Muhyiddin al-Tabari, membahagi-bahagikan makanan kepada shurafa' (keturunan Nabi [s.a.w]) dan juga kepada kesemua penduduk Makkah.

Tiga Rakaman Sambutan Maulidurrasul (s.a.w) Pada abad ke - 10 Hijrah
Berikut merupakan catatan yang menguatkan lagi cerita-cerita mereka yang melihat sambutan Maulidurrasul (s.a.w). Catatan ini bersumber daripada 3 ahli sejarah abad ke -10 hijrah yang dianggap mempunyai kemahiran dan kepakaran yang tiada tandingannya pada zaman tersebut, Ibnu Huhayra didalam kitabnya al-Jami' al-Latif fi Fasl Makkah wa ahliha (ms.326), al - Hafiz Ibnu Hajar al-Haytami didalam kitabnya al-Mawlid ash-Sharif al-Mu'azzam dan al-Nahrawali didalam kitabnya al-I'lam bi-a'lam Bayt Allah al-Haram (ms.205).
Pada 12hb Rabi'al al-Awwal setiap tahun selepas solat al-Maghrib keempat-empat (wakil keempat-empat mazhab) Qadi kota Makkah dan sekumpulan besar orang yang terdiri daripada para fuqaha' (ulama) dan fudala' (mereka yang utama) kota Makkah, Shaykh-shaykh, pemimpin-pemimpin zawiyah dan murid-murid mereka , para ru'asa' (hakim-hakim) dan para muta'ammamin (ulama) meninggalkan masjid dan pergi secara beramai-ramai untuk menziarahi tempat kelahiran Nabi sambil berdzikir dan membaca tahlil (LA ILAHA ILLALLAH). Rumah-rumah terletak sepanjang jalan tersebut diterangi dengan lampu-lampu dan lilin-lilin besar dan ramai daripada penghuni-penghuni rumah-rumah tersebut memenuhi jalan tersebut. Mereka semua memakai pakaian baru dan membawa anak-anak mereka bersama-sama. Setibanya ditempat kelahiran Nabi (s.a.w) doa khas pun dibacakan dan karamah-karamah yang berlaku semasa kelahiran Nabi (s.a.w) pun dibacakan. Seterusnya doa untuk Sultan, Amir Makkah dibacakan dan Qadi yang bermazhab Shafi'i dibacakan dan kesemua mereka berdoa dengan penuh merendah diri. Sebelum solat al-'Isha, rombongan tadi pun kembali ke Masjidil Haram yang dipenuhi oleh manusia dan mereka mengambil tempat dan membentu saf dikawasan Maqam Ibrahim. Di Masjidil Haram, seorang penyeru akan bertahmid (AL HAMDULILLAH) dan bertahlil dan sekali lagi berdoa untuk Sultan, Amir dan Qadi yang bermazhab Shafi'i. Seterusnya, azan untuk solat 'Isha dilaungkan. Selepas solat al-'Isha, mereka pun bersurai. Peristiwa yang serupa ini juga dirakamkan oleh al-Diyarbakri (meninggal 960) didalam kitabnya Ta'rikh al-Khamis.

Sambutan Maulidurrasul (s.a.w) di Negara-negara Islam Pada Zaman Sekarang
Pada zaman sekarang, kebanyakan orang-orang Islam dinegara-negara Islam meraikan Maulidurrasul (s.a.w). Antara negara-negara tersebut termasuklah: Mesir, Syria, Lebanon, Jordan, Palestine, Iraq, Kuwait, Emiriyah Arab Bersatu, Arab Saudi (tidak secara rasmi - penduduk menyambutnya sendiri dirumah-rumah mereka), Sudan, Yemen, Libya, Tunisia, Algeria, Maghribi, Mauritania, Djibouti, Somalia, Turkey, Pakistan, India, Sri Lanka, Iran, Afghanistan, Azerbaidjan, Uzbekistan, Turkestan, Bosnia, Indonesia, Malaysia, Brunei, Singapura dan kebanyakan negara Islam yang lain. Dikebanyakan negara Arab Maulidurrasul (s.a.w) merupakan hari cuti umum. Kesemua negara-negara ini Wahai Ummah, meraikan hari tersebut. Namun begitu kenapa masih lagi ada segelintir dari kalangan kita yang mengatakan ianya haram? Siapakah mereka ini untuk dibandingkan dengan para huffaz (ahli hadith) dan ' Ulama Ummah seperti Abu Shama, 'Asqalani, Suyuti, Sakhawi, Haytami, Shawkani dan al-Qari yang mana mereka semua mengatakan bahawa sambutan Maulidurrasul (s.a.w) merupakan suatu perbuatan yang terpuji?Mengapakah mereka yang menggelarkan diri mereka Salafi ini mengharamkan sesuatu perkara yang mana Ibnu Taimiyyah (antara ulama yang begitu tegas) sendiri, membenarkannya? Ibnu al-Jawzi dan Ibnu Kathir pula menggalakkannya dan masing-masing-masing mereka menulis kitab Maulid yang mengandungi syair dan rangkap-rangkap daripada Sira

8-2 Pendapat Ibnu Taimiyyah Mengenai Majlis Dzikir [Ibnu Taimiyyah's Opinion on the Meetings of Dhikr]
Berikut merupakan pendapat Ibnu Taimiyyah mengenai majlis dzikir. Ianya boleh didapati didalam kitab Majmu 'at fatawa Ibnu Taimiyyah edisi King Khalid ibn 'Abd al-Aziz. Ibnu Taimiyyah telah ditanya mengenai pendapat beliau mengenai perbuatan berkumpul beramai-ramai berdzikir, membaca al-Quran berdoa sambil menanggalkan serban dan menangis sedangkan niat mereka bukanlah kerana riak ataupun menunjuk-nunjuk tetapi hanyalah kerana hendak mendekatkan diri kepada Allah s.w.t. Adakah perbuatan-perbuatan ini boleh diterima? Beliau menjawab,"Segala puji hanya bagi Allah, perbuatan-perbuatan itu semuanya adalah baik dan merupakan suruhan didalam Shari'a (mustahabb) untuk berkumpul dan membaca al-Quran dan berdzikir serta berdoa."

8-3 Ibnu Kathir Memuji-muji Malam Maulidurrasul (s.a.w)
Imam Ibnu Hajar al-'Asqalani telah menulis didalam kitabnya, 'Al-Durar al-Kamina fi 'ayn al-Mi'at al-thamina' bahawa Ibnu Kathir, seorang Muhaddith dan merupakan pengikut Ibnu Taimiyyah, telah menulis sebuah kitab yang bertajuk Mawlid Rasul Allah di penghjung hidupnya dan kitab ini telah tersebar dengan meluas dan keserata tempat. Didalam kitab ini. (disunting dan diterbitkan pada tahun 1961) Ibnu Kathir membenarkan dan menggalakkan sambutan Maulid dan didalam ms 19 beliau telah menulis," Malam kelahiran Nabi (s.a.w) merupakan malam yang mulia, utama, dan malam yang diberkahi dan malam yang suci, malam yang menggembirakan bagi kaum Mukmin , malam yang bercahaya-cahaya, terang benderang dan bersinar-sinar dan malam yang tidak ternilai."

8-4 Fatwa 'Asqalani dan Suyuti Mengenai Sambutan Maulidurrasul ['Asqalani and Suyuti's Fatwas on the Permissibility of Maulid]
Jalaludin al-Suyuti telah menulis didalam kitab beliau, "Hawi li al-Fatawa", Sheikhul Islam dan Imam Hadith pada zamannya, Ahmad ibn Hajar ('Asqalani) telah ditanya mengenai perbuatan menyambut Maulidurrasul (s.a.w) dan beliau telah memberi jawapan secara bertulis:
Adapun perbuatan menyambut Maulidurrasul (s.a.w.) merupakan bida'ah yang tidak pernah diriwayatkan oleh para Salafussoleh pada 300 tahun pertama selepas hijrah. Walaubagaimanapun, ianya penuh dengan kebaikan dan perkara-perkara yang terpuji dan kadangkala ianya dicacatkan oleh perbuatan-perbuatan yang tidak sepatutnya. Jika sambutan Maulidurrasul itu terpelihara dari perkara-perkara yang melanggar shari'a maka ianya tergolong didalam perbuatan bida'ah hasanah tetapi jika sambutan tersebut terselit perkara-perkara yang melanggar shari'ah maka ianya tidak tergolong didalam bida'ah hasanah.
Untuk menjadi dalil bagi sambutan Maulidurrasul (s.a.w), hadith dibawah ini boleh digunakan, ianya merupakan hadith riwayat Imam Bukhari dan Muslim . Semasa Nabi berada di Madinah, beliau mendapati bahawa kaum Yahudi berpuasa pada hari kesepuluh Muharranm ('Ashura) dan baginda (s.a.w) bertanya akan perbuatan mereka, kata mereka, mereka berpuasa kerana pada hari tersebut, Nabi Musa telah diselamatkan dan Firaun telah ditenggelamkan. Kami berpuasa untuk menyatakan kesyukuran kami. Perkara ini menjadi dalil bagi kita untuk menyatakan kesukuran kita kerana Dia telah merahmati hari tersebut dan menjauhkan bala, seseorang sepatutnya bersyukur akan datangnya hari tersebut pada setiap tahun, bersyur melalui berbagai jenis 'ibadahseperti solat, memberi sedekah, membaca Quran …… JUSTERU ITU RAHMAT APAKAH YANG LEBIH BESAR DARIPADA KELAHIRAN NABI, RASUL YANG MENJADI RAHMAT PADA HARI INI?SUDAH SEPATUTNYA HARI KELAHIRAN BAGINDA DISAMBUT DAN DIBESARKAN APABILA TIBA HARI TERSEBUT, JIKA KITA MENGAMBIL DALIL HADITH YANG TERSEBUT DIATAS. TETAPI ADA JUGA MEREKA YANG MENYAMBUT KELAHIRAN BAGINDA (S.A.W) TANPA MENGIRA BATAS WAKTU PADA MANA-MANA BULAN ATAUPUN ADA YANG MENYAMBUTNYA SEPANJANG TAHUN. ITU TIDAK MENGAPA.

Khamis, 26 Februari 2009

Penyelaras PPKI...cg lela

gambar hari ini....budak2 istimewa datang 50 % jerrr..hujan la katakan.sorilah gambar cikgu je yang banyak

Selasa, 24 Februari 2009

buletin ppki


sekapur sirih.....

Syukur ke hadrat Ilahi kerana memberi peluang untuk guru-guru PPKI menyediakan buletin sebagai satu pengenalan bagi program Prndidikan Khas di sekolah ini. Penghasilan buleti ini diharapkan dapat menjadi satu wadah bagi semua pihak untuk lebih mengenali anak-anak PPKI serta aktiviti yang dijalankan untuk mereka. Bersesuaian dengan usia program ini di Sekolah Kebangsaan Jugra, buletin ini juga masih diperingkat bertatih. Kerjasama dari pihak pentadbir sekolah dan juga ibu bapa amat diharapkan dalam menjayaka semua misi dan visi PPKI yang telah direncanakan oleh kami pihak guru-guru. Kami amat berharap agar semua pihak memberi sokongan dan bantuan dalam kami menjayakan semua program yang telah dirancang untuk anak-anak kami ini. Akhir kata, kami selaku guru-guru amat berterima kasih kepada semua pihak yang memberi kerjasama dan sokongan kepada kami. Semoga sokongan itu akan membantu kami untuk terus mendidik anak—anak istimewa ini untuk berdikari.

Cameron Highland


agak2 sapa paling cunnn????????????


Hari keluarga tahun lepas 2008 di CH...lin dan fatihah yg becok....lin macam tension jer..tp cg lela control sungguh...........

Isnin, 23 Februari 2009

SELAMAT DATANG KE BLOG
PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI
SK JUGRA
BANTULAH KAMI MEMBANTU MEREKA

FALSAFAH FENDIDIKAN KHAS


MELAHIRKAN INSAN YANG BERKEMAHIRAN, BERHALUAN, BERUPAYA, BERIMAN, BERDEDIKASI, MAMPU MERANCANG DAN MENGURUSKAN KEHIDUPAN SERTA MENYEDARI POTENSI DIRI SEBAGAI INDIVIDU DAN AHLI MASYARAKAT YANG SEIMBANG DAN PRODUKTIF SELARAS DENGAN FALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA.

OBJEKTIF


  • Menyediakan pendidikan yang berkualiti kepada murid-murid berkeperluan khas untuk menjadikan mereka insan yang dapat berdikari, berjaya dalam hidup dan memberikan sumbangan bakti kepada masyarakat dan negara;

  • Untuk memastikan murid-murid bekeperluan khas menerima peluang pendidikan sebagaimana kanak-kanak normal;

  • Untuk menempatkan mereka didalam persekitaran yang biasa agar mnerima pendidikan yang bersesuaian dengan keupayaan mereka;

  • Memberi mereka pendidikan yang membolehkan mereka menyesuaikan dengan setiap aspek kehidupan dari awal; dan

  • Membolehkan mereka menjalani kehidupan berdikari.


MISI

P – Prihatin dan penyayang untuk melahirkan citra insan istimewa yang unggul.
P – Pembentukan individu yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial.
K – Kreatif, inovatif dan dinamis ke arah pembentukan insan istimewa yang harmonis.
I- Integrasi kearah pembentukan individu yang mampu merealisasikan aspirasi negara.

VISI


MENYEDIAKAN PELUANG PERKHIDMATAN YANG BERKUALITI DENGAN MEMENUHI SETIAP KEPERLUAN INSAN ISTIMEWA AGAR BEKEMBANG SEBAGAI ANGGOTA MASYARAKAT YANG MAMPU MENDUKUNG ASPIRASI NEGARA.

Inilah...PPKI


SEJARAH PEMBUKAAN

PPKI SK Jugra di buka secara rasmi pada 5 hb Januari 2009 dengan guru seramai 3 orang termasuk penyelaras dan 7 orang murid.

KURIKULUM
WAKTU PERSEKOLAHAN

Program ini dibuka selama 5 hari seminggu, iaitu dari hari Isnin hinga hari Jumaat. Kelas PPKI SK Jugra bermula dari pukul 7.20 pagi dan waktu balik ialah pukul 11.50 pagi.

MATA PELAJARAN YANG DIAJAR
Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains Sosial, Multimedia, Muzik, Pendidikan Seni, Pendidikan Agama Islam/Moral, Pendidikan Jasmani, Kemahiran Hidup ( Jahitan, Masakan,Pertukangan, Ternakan, Dobi), Pengurusan Diri, Kemahiran Manipulatif, Pengurusan Tingkah Laku.

KOKURIKULUM
· Unit Beruniform pada setiap hari Rabu bermula 12.00 pagi hingga 12.30 tengahari.
· Terapi Refleksiologi—sebulan sekali
· Program Kenali Perpustakaan—sebulan sekali.
· Menabung di BSN—sebulan sekali
· Pelbagai aktivti lain mengikut takwim semasa.

HAL EHWAL MURID
Murid-murid PPKI SK Jugra merupakan murid-murid yang mengalami masalah dalam pembelajaran. Murid-murid ini telah dikategorikan kepada beberapa masalah diantaranya seperti berikut:-
Sindrom Down;
Lembam/Slow Leaner;
Autisme;
Hiperaktif Terencat Akal;
Epilepsi; dan pelbagai ketidakupayaan lain.

Sabtu, 21 Februari 2009


Cikgu Lela di Lumut




Cikgu Lela bersama pelajar pendidikan khas SK Jugra

selamat datang ke blog pendidikan khas sk jugra