21 Oktober 2010 :: Khamis – PPKI SK Jugra telah menerima undangan sempena Hari Pendidikan Khas yang diadakan di Pusat Sains Negara. Sekolah-sekolah lain juga tidak ketinggalan dalam menyertai aktiviti ini. Walaupon banyak cabaran dan dugaan untuk sampai ke destinasi utama ini tetapi akhirnya berkat kesabaran semua orang, semua itu diletakkan ke tepi. Murid-murid menyukai setiap aktivti dan pameran yang dijalankan kerana di sini mereka didedahkan dengan pelbagai konsep sains dan teknologi. Sebelah petangnya pula murid-murid dibawa berjalan ke Jusco Bukit Tinggi sebagai salah satu aktiviti sosial dan memantapkan keyakinan diri. C”,)
Khamis, 21 Oktober 2010
Hari Pendidikan Khas Di Pusat Sains Negara
Coret-coret oleh ppkiskjugra pada 6:19 PG 0 pujian diterima
Rabu, 20 Oktober 2010
Lawatan Sambil Belajar Ke Langkawi, Kedah
6 hingga 8 Oktober 2010 : Rabu hingga khamis – Aktiviti yang julung-julung kalinya di nantikan oleh semua warga ppki sejak dari awal tahun dan akhirnya kami telah berjaya menjejakkan kaki ke bumi Langkawi ini. Para pelajar kelihatan begitu teruja sewaktu pertama kali menaiki kapal terbang dan juga sepanjang aktiviti lawatan dijalankan di sana. Segala perancangan awal meminimakan lagi masalah sepanjang berada disana. Apa yang pasti kenangan ini pasti diingati oleh mereka semua.
Coret-coret oleh ppkiskjugra pada 8:30 PG 0 pujian diterima
Jamuan Hari Raya Aidilfitri
29 September 2010 :: Rabu – Warga PPKI telah berjaya menganjurkan jamuan raya yang telah diadakan di Dewan Muafakat bermula jam 9.30 hingga 11.30 pagi. Ibu-bapa, para guru dan semua warga sekolah dijemput hadir. Hasil daripada perancangan dan persediaan awal majlis ini telah berjalan dengan lancar dan jayanya. Tarima kasih kepada semua tetamu yang hadir.
Coret-coret oleh ppkiskjugra pada 8:29 PG 0 pujian diterima
Bulan Kemerdekaan 2010
9 September 2010 : Khamis – Bulan Kemerdekaan 2010. Kelas PPKI telah terlibat secara langsung dan mengambil bahagian dalam pertandingan nyanyian lagu-lagu patriotik, pakaian beragam, pertandingan mewarna dan sebagainya. Sambutan yang diberikan oleh para pelajar sangat menggalakkan dan demi merangsang minat dan kesungguhan mereka hadiah-hadiah menarik telah diberikan kepada para pemenang.
Coret-coret oleh ppkiskjugra pada 8:25 PG 0 pujian diterima