Jumaat, 27 Februari 2009
Khamis, 26 Februari 2009
Penyelaras PPKI...cg lela
gambar hari ini....budak2 istimewa datang 50 % jerrr..hujan la katakan.sorilah gambar cikgu je yang banyak
Coret-coret oleh ppkiskjugra pada 8:52 PTG 0 pujian diterima
Selasa, 24 Februari 2009
buletin ppki
Syukur ke hadrat Ilahi kerana memberi peluang untuk guru-guru PPKI menyediakan buletin sebagai satu pengenalan bagi program Prndidikan Khas di sekolah ini. Penghasilan buleti ini diharapkan dapat menjadi satu wadah bagi semua pihak untuk lebih mengenali anak-anak PPKI serta aktiviti yang dijalankan untuk mereka. Bersesuaian dengan usia program ini di Sekolah Kebangsaan Jugra, buletin ini juga masih diperingkat bertatih. Kerjasama dari pihak pentadbir sekolah dan juga ibu bapa amat diharapkan dalam menjayaka semua misi dan visi PPKI yang telah direncanakan oleh kami pihak guru-guru. Kami amat berharap agar semua pihak memberi sokongan dan bantuan dalam kami menjayakan semua program yang telah dirancang untuk anak-anak kami ini. Akhir kata, kami selaku guru-guru amat berterima kasih kepada semua pihak yang memberi kerjasama dan sokongan kepada kami. Semoga sokongan itu akan membantu kami untuk terus mendidik anak—anak istimewa ini untuk berdikari.
Coret-coret oleh ppkiskjugra pada 4:47 PG 1 pujian diterima
Cameron Highland
Hari keluarga tahun lepas 2008 di CH...lin dan fatihah yg becok....lin macam tension jer..tp cg lela control sungguh...........
Coret-coret oleh ppkiskjugra pada 12:47 PG 0 pujian diterima
Labels: hari keluarga 2008
Isnin, 23 Februari 2009
Coret-coret oleh ppkiskjugra pada 8:23 PTG 0 pujian diterima
FALSAFAH FENDIDIKAN KHAS
MELAHIRKAN INSAN YANG BERKEMAHIRAN, BERHALUAN, BERUPAYA, BERIMAN, BERDEDIKASI, MAMPU MERANCANG DAN MENGURUSKAN KEHIDUPAN SERTA MENYEDARI POTENSI DIRI SEBAGAI INDIVIDU DAN AHLI MASYARAKAT YANG SEIMBANG DAN PRODUKTIF SELARAS DENGAN FALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA.
Coret-coret oleh ppkiskjugra pada 8:14 PTG 0 pujian diterima
OBJEKTIF
Menyediakan pendidikan yang berkualiti kepada murid-murid berkeperluan khas untuk menjadikan mereka insan yang dapat berdikari, berjaya dalam hidup dan memberikan sumbangan bakti kepada masyarakat dan negara;
Untuk memastikan murid-murid bekeperluan khas menerima peluang pendidikan sebagaimana kanak-kanak normal;
Untuk menempatkan mereka didalam persekitaran yang biasa agar mnerima pendidikan yang bersesuaian dengan keupayaan mereka;
Memberi mereka pendidikan yang membolehkan mereka menyesuaikan dengan setiap aspek kehidupan dari awal; dan
Membolehkan mereka menjalani kehidupan berdikari.
Coret-coret oleh ppkiskjugra pada 5:46 PG 0 pujian diterima
MISI
P – Prihatin dan penyayang untuk melahirkan citra insan istimewa yang unggul.
P – Pembentukan individu yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial.
K – Kreatif, inovatif dan dinamis ke arah pembentukan insan istimewa yang harmonis.
I- Integrasi kearah pembentukan individu yang mampu merealisasikan aspirasi negara.
Coret-coret oleh ppkiskjugra pada 5:44 PG 0 pujian diterima
Labels: P P K I
VISI
MENYEDIAKAN PELUANG PERKHIDMATAN YANG BERKUALITI DENGAN MEMENUHI SETIAP KEPERLUAN INSAN ISTIMEWA AGAR BEKEMBANG SEBAGAI ANGGOTA MASYARAKAT YANG MAMPU MENDUKUNG ASPIRASI NEGARA.
Coret-coret oleh ppkiskjugra pada 5:43 PG 0 pujian diterima
Inilah...PPKI
SEJARAH PEMBUKAAN
PPKI SK Jugra di buka secara rasmi pada 5 hb Januari 2009 dengan guru seramai 3 orang termasuk penyelaras dan 7 orang murid.
KURIKULUM
WAKTU PERSEKOLAHAN
Program ini dibuka selama 5 hari seminggu, iaitu dari hari Isnin hinga hari Jumaat. Kelas PPKI SK Jugra bermula dari pukul 7.20 pagi dan waktu balik ialah pukul 11.50 pagi.
MATA PELAJARAN YANG DIAJAR
Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains Sosial, Multimedia, Muzik, Pendidikan Seni, Pendidikan Agama Islam/Moral, Pendidikan Jasmani, Kemahiran Hidup ( Jahitan, Masakan,Pertukangan, Ternakan, Dobi), Pengurusan Diri, Kemahiran Manipulatif, Pengurusan Tingkah Laku.
KOKURIKULUM
· Unit Beruniform pada setiap hari Rabu bermula 12.00 pagi hingga 12.30 tengahari.
· Terapi Refleksiologi—sebulan sekali
· Program Kenali Perpustakaan—sebulan sekali.
· Menabung di BSN—sebulan sekali
· Pelbagai aktivti lain mengikut takwim semasa.
HAL EHWAL MURID
Murid-murid PPKI SK Jugra merupakan murid-murid yang mengalami masalah dalam pembelajaran. Murid-murid ini telah dikategorikan kepada beberapa masalah diantaranya seperti berikut:-
Sindrom Down;
Lembam/Slow Leaner;
Autisme;
Hiperaktif Terencat Akal;
Epilepsi; dan pelbagai ketidakupayaan lain.
Coret-coret oleh ppkiskjugra pada 5:39 PG 0 pujian diterima
Sabtu, 21 Februari 2009
Coret-coret oleh ppkiskjugra pada 9:44 PTG 0 pujian diterima
Coret-coret oleh ppkiskjugra pada 6:16 PTG 2 pujian diterima